10 JULAI 2015 - Bertempat di Kelas PPKI SKHA, para ibu bapa atau waris telah dijemput hadir ke sekolah untuk mengambil laporan prestasi anak-anak mereka.Waris berpeluang untuk bertemu dan berbincang dengan guru kelas bagi menyelesaikan permasalahan.yang dihadapi oleh anak-anak ini.
Selain pretasi, guru kelas juga menerangkan tentang perkembangan tingkah laku anak-anak ini dalam bentuk senarai semak tingkah laku. Dari sini, ibu bapa dapat memberi tumpuan yang lebih berkesan dirumah sebagai kesinambungan pendidikan anak-anak mereka di sekolah.
Selain itu juga, Kelab Kraftangan PPKI SKHA turut mengambil kesempatan membuat jualan kerongsang hasil kerja murid dan guru bagi mengumpul dana untuk mengadakan program kepada murid-murid istimewa ini.
0 Komen:
Post a Comment