Thursday 20 March 2014

KEJOHANAN OLAHRAGA PPKI PPD SEBERANG PERAI UTARA

19 MAC 2014 - Padang SK Hashim Awang telah menyaksikan seluruh Program Pendidikan Khas Intergrasi Seberang Perai Utara berkumpul, bertanding dan menjayakan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas PPS Seberang Perai Utara kali ke-3.

PPKI SK Hashim Awang tidak melepaskan peluang dan ruang yang diberikan untuk melatih murid-muridnya dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi hari yang amat bermakna kepada murid-muridnya. Persiapan dari segi membantu menyiapkan padang, membuat persediakan perbarisan serta mascot sekolah dan melatih murid-murid dalam acara yang mereka berupaya lakukan dengan baik.

Dengan perpaduan dan semangat ingin berjaya yang ada dalam diri guru-guru serta pembantu pengurusan murid PPKI SKHA, ia telah berjaya sampai kepada murid-muridnya yang telah bertanding dan mencapai pelbagai kemenangan dalam acara di Kejohanan Olahraga pada kali ini sehingga menjadikan PPKI SKHA menerima beberapa anugerah kejohanan seperti berikut :

                                    1. Anugerah Olahragawati : Siti Nurul Mashitah
                                    2. Johan Perbarisan Kejohanan
                                    3. Johan Keseluruhan Kejohanan


 

Friday 7 March 2014

MERENTAS DESA 2014

7 MAC 2014 - Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang telah menghantar 14 peserta bagi menyertai Program Merentas Desa SK Hashim Awang yang telah dimulakan dengan Senaman Aerobik daripada Jurulatih Profesional.

Larian telah dikategori kepada kategori Tahun 1 dan 2, Tahun 3 dan 4 dan Tahun 5 dan 6. Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada proses Pembelajaran dan Pengajaran yang memberi pengalaman terus kepada murid-murid PPKI SKHA dalam pergaulan dengan masyarakat.

Penyertaan mereka sentiasa dipantau oleh para guru dalam memerhati cara pergaulan mereka dengan murid-murid lain agar dapat dilakukan pembetulan tingkah laku sekiranya perlu.

AlhamduLillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan seorang murid PPKI SKHA telah mendapat hadiah saguhati berupa pingat penyertaan.