Thursday 20 August 2015

TERAPI MEMBELI BELAH

20 OGOS 2015 - Mydin Mall, Kepala Batas telah menjadi tempat bagi para pelajar PPKI SK Hashim Awang menjalani Terapi Membeli Belah.

Murid-murid telah dibahagikan kepada kumpulan 8 orang dengan 2 orang penyelia dikalangan guru dan ppm. Setiap murid telah diberikan RM15.00 untuk dibelanjakan mengikut senarai jenis barangan yang perlu dibeli.

Ia juga merupakan pertandingan antara kumpulan untuk menggunakan peruntukan yang diberikan semaksimum mungkin. Kumpulan yang paling kurang baki ditangan akan diumumkan sebagai pemenang ke esokan harinya di kelas PPKI.

Monday 17 August 2015

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

17 OGOS 2015 - PPKI SK Hashim Awang tidak melepaskan peluang untuk sama-sama meraikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015. Program dijalankan dengan ucapan perasmian Guru Besar SK Hashim Awang iaitu Tuan Hj Ashri Bin Abdullah dan diteruskan dengan nyanyian lagu patriotik serta mengebarkan bendera Malaysia.

Friday 14 August 2015

PERPISAHAN MURID

14 OGOS 2015 - Hari ini merupakan hari terakhir untuk Jusri Bin Mohd Ali untuk berada di PPKI SK Hashim Awang kerana mengikut keluarga berpindah ke Sabak Bernam.

Ucapan perpisahan dan permohonan maaf daripada para guru dan ppm telah diwakilkan oleg PK Pendidikan Khas, Puan Rosliza Mohd Said.

Tuesday 4 August 2015

JALINAN UKHWAH PPKI SKHA & DARUL HANAN

04 OGOS 2015 - Rumah Orang Tua-Tua Darul Hanan telah dipilih sebagai satu perlaksanaan program Jalinan Ukhwah PPKI SK Hashim Awang. Di sini telah menempatkan lebih 50 orang tua-tua yang tinggal secara sepenuh masa, harian dan juga mingguan. Keadaan kediaman ini amat selesa dan ceria di samping dipenuhi dengan program-program keagamaan dan sosial.

PPKI SK Hashim Awang telah menggunakan platform yang ada dalam memberikan pembelajaran dan pengajaran secara maujud yang lebih bermakna kepada murid-murid PPKI. Pembelajaran melalui mendekati subjek secara nyata serta dapat berinteraksi dengan subjek dapat menimbulkan kesedaran dan penghayatan yang lebih mendalam.

Murid-Murid PPKI telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan yang dikawal selia oleh Pembantu Pengurusan Murid dan Guru. Program telah di akhiri dengan jamuan hari raya bersama penghuni dan juga sesi bergambar.