Wednesday 21 January 2015

PEKEBUNAN

21 JANUARI 2014 - PPKI SKHA telah melaksanakan persiapan tempat bersama-sama murid-murid untuk perlaksanaan Projek Perkebunan yang melibatkan tanaman jagung dan sayuran.

Projek ini bertujuan membeli nilai tambah kepada murid-murid selain matapelajaran akademik biasa. Ia juga merangkumi didikan dalam pengurusan diri, tingkah laku dan kemahiran manipulatif.

Friday 16 January 2015

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015

16 JANUARI 2015 - Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2015 telah diadakan di blok PPKI SKHA. Ibu bapa telah datang mengambil bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bagi meringankan bebanan para waris bagi menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Thursday 15 January 2015

1 MURID 1 SUKAN

15 JANUARI 2014 - PPKI SKHA akan mengadakan Program 1 Murid 1 Sukan pada setiap hari Khamis pada waktu pertama setiap minggu.

Ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan secara menyeluruh kepada warga PPKI SKHA berkaitan ilmu kesukanan. Pada minggu ini, senaman aerobik telah dilakukan bagi melatih pergerakan motor halus dan motor kasar murid-murid.