Wednesday 29 July 2015

PEMILIHAN WAKIL BOLING S.PERAI UTARA

29 JULAI 2015 - Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara telah mengadakan sesi Pemilihan Wakil Daerah Seberang Perai Utara ke Pertandingan Bowling Peringkat Negeri Pulau Pinang.

PPKI SK Hashim Awang telah membawa 4 orang wakil beserta 6 orang murid bagi memberi pendedahan awal kepada mereka. Namun, murid-murid PPKI SK Hashim Awang pada kali ini kurang bernasib baik. Ini tidak mematahkan semangat mereka, malah ia memberi pengalaman yang cukup bermakna kepada mereka dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran ini.


Monday 27 July 2015

LATIHAN BOWLING

27 JULAI 2015 - Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang telah membawa 20 orang anak muridnya beserta dengan 8 orang guru ke Megamall Pinang untuk menjalani sesi latihan untuk persediaan pemilihan wakil daerah Seberang Perai Utara yang akan di adakan pada 29 Julai 2015 ke Pertandingan Bowling PPKI Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Thursday 23 July 2015

SAMBUTAN AIDILFITRI

23 JULAI 2015 - Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang tanpa melepaskan peluang seperti tahun-tahun yang lalu untuk mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun hijrah 1436 bersamaan 2015 masihi. Sambutan ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dan pembelajaran dari semua sudut yang penting bagi murid-murid berkembang dengan seimbang.

Pada sambutan ini, guru-guru dan pembantu pengurusan murid telah sama-sama menyediakan juadah mengikut pembahagian yang telah di persetujui bersama. Ibu bapa murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan pelbagai jenis biskut hari raya bagi memeriahkan lagi suasana.

PPKI SKHA turun menjemput Tuan Guru Besar SKHA, iaitu Hj Ahsri Bin Abdullah bersama guru-guru dan kakitangan yang lain. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, En Fazdil Bin Abdullah turut di jemput serta hadir bersama pegawai pengiringnya.




















KLIK UNTUK AMBUL PENUH

Tuesday 14 July 2015

PEMBERIAN DUIT RAYA AIDILFITRI 2015

14 JULAI 2015 - Seperti kebiasaan tahun-tahun yang lalu, murid-murid PPKI SKHA akan diberikan duit raya tanpa mengira bangsa dan agama.

Bagi yang beragama Islam, ia merupakan satu tanda kemenangan kepada mereka dalam menjalankan ibadah buasa. Bagi yang bukan Islam atau yang tidak diwajibkan berpuasa, ia menjadi sebahagian dari proses pembelajaran dan pengajaran bagi mereka.

Selepas menerima duit raya, murid akan bersalam-salaman dengan guru dan pembantu pengurusan murid serta terus keluar beratur menunggu untuk pulang bersama waris.