Saturday 28 June 2014

PENGHAYATAN RAMADHAN 2014

27 JUN 2014 - Panitia Agama Islam SK Hashim Awang telah mengadakan ceramah bersempena menyambut Ramadhon Al-Mubarok di Dewan Terbuka SK Hashim Awang bermula jam 8.00 pagi.

Murid-Murid Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang turut menyertai ceramah tersebut. Malah, seorang murid PPKI SKHA iaitu Zulahrisam Bin Zulkifly telah terpilih untuk membaca ayat-ayat suci al-quran sebagai permulaan program setelah perasmian program telah dilaksanakan oleh Guru Besar, Tuan Ashri Bin Abdullah.

Turut diadakan adalah pelancaran Tabung Infak Ramadhan SK Hashim Awang.

Ceramah telah diberikan oleh Ustaz Abdul Moin Bin Hashim. Dalam ceramah, beliau telah menekankan ibadah puasa ibarat dinding sebuah rumah dan sembahyang adalah tiangnya. Maka, sepanjang melakukan ibadah puasa, jangan meninggalkan sembahyang, kerana dinding tanpa tiang akan runtuh.

Beliau turut mengadakan pop-kuiz dengan memberikan duit kepada murid-murid yang dapat menjawab soalan dengan tepat.


Friday 27 June 2014

PERTANDINGAN BOWLING

26 JUN 2014 - Bertempat di MegaLane, Mega Mall Pinang, Prai, Pulau Pinang, Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang telah mengadakan Pertandingan Bowling PPKI SKHA 2014. Para guru, ppm dan murid-murid telah bergerak kesana dengan menaiki 2 buah bas yang ditempah khas.

Pertandingan ini telah melibatkan 4 kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang guru dan 6 orang murid. Pertandingan telah berlangsung bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari.

Keputusan adalah seperti berikut :
                             
                              Pertama    : Pasukan Biru
                              Ke-Dua     : Pasukan Merah
                              Ke-Tiga    : Pasukan Kuning
                              Ke-Empat : Pasukan Hijau

  
 
 
 
 
 
 

Sunday 22 June 2014

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2014

21 JUN 2014 - Program Pendidikan Khas Intergrasi turut menyertai Sukan Tahunan Sekolah ke 43 dengan mengadakan satu sukaneka dengan tema "Cantik Tak Kak Ton". Murid-murid perlu berlari melepasi halangan dan mengambil alat solek yang telah disediakan dan memberikannya kepada jurusolek yang telah bersedia untuk melakukan solekan kepada model yang juga terdiri daripada murid pendidikan khas.