Thursday 23 April 2015

TERAPI AIR BUKIT MERAH

23 APRIL 2015 - Terapi Air di Bukit Merah adalah merupakan program ke-2 untuk perjalanan kali ini setelah selesai melakukan Program Penanda Aras di PPKI SK Bagan Serai. Perjalanan yang lancar dari SK Bagan Serai kira-kira mangambil masa 45minit melalui jalan biasa.Setibanya disana, cikgu yang menguruskan pembelian tiket terus berurusan dengan pihak Bukit Merah Water Park.

Artikel Terapi Air

Terapi Air merupakan suatu medium dalam rehabilitasi. Melibatkan kepelbagaian aktiviti senaman dan aktiviti riadah di dalam air. Terapi air dapat membantu mengawal aliran darah, mengurangkan rasa sakit dan kekejangan otot, menguatkan otot, meningkatkan julat pergerakan sendi, dan membantu mengekalkan keseimbangn tubuh badan, ianya sesuai untuk klien seperti Stroke, Cerebral Palsy, Down syndrome, ADHD dan lain-lain.

Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid PPKI adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter. Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid PPKP ini.

Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.  Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, murid-murid PPKI mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.

Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid-murid PPKI ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluanyang unik ini.

SUMBER












LAWATAN PENANDA ARAS SK BAGAN SERAI

23 APRIL 2015 - Dengan menaiki 2 biji bas, guru dan murid Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang telah bergerak ke SK Bagan Serai seawal jam 7.30pagi. Ketibaan disambut mesra oleh guru-guru dan murid-murid SK Bagan Serai.

Majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar SK Bagan Serai, Tuan Hj Hasan Bin Aghare Bin Mohd Nor. Kemudian ucapan daripada Pegawai PPD Daerah Kerian, Encik Tuan Mohd Fazli Bin Tuan Abdullah. Bagi pihak PPKI SK Hashim Awang pula, Cikgu Osman Bin Said telah memberikan ucapan sebagai wakil kepada Pn Rosliza Binti Said selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas yang ketika ini dalam cuti bersalin.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cendera hari daripada PPKI SKHA kepada Guru Besar SK Bagan Serai. Seterusnya, majlis dipersembahkan dengan persembahan nasyid oleh murid-murid PPKI SK Bagan Serai. Selesai sahaja persembahan, PPKI Bagan Serai turut menyediakan pameran dan alatan untuk membuat batik. Guru dan murid-murid diberi peluang untuk mewarnakan kain yang telah dicanting.

Majlis bersurai selepas jamuan makan oleh pihak SK Bagan Serai.
























Wednesday 15 April 2015

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri P.Pinang

14 April 2015 - Telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran Program Pendidikan Khas Intergrasi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2015 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

PPKI SKHA turut berjaya mewakili Daerah Seberang Perai Utara dalam kategori tilawah Al-Quran. Adik Jefrixane telah berjaya mendapat tempat pertama dalam MTQ Negeri P.Pinang pada kali ini.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jefrixane, guru pembimbing, guru pengiring dan kepada semua yang membantu dalam mengasah bakat anak-anak PPKI.



Wednesday 8 April 2015

TERAPI FOCUS 2015

08 APRIL 2015 - Semua murid Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang telah dibawa menjalani Terapi Focus yang telah dikawal selia oleh para guru dan pembantu pengurusan murid. Objektif terapi ini untuk membolehkan murid-murid memumpukan perhatian kepada satu subjek dalam jangka masa yang lama.

Suasa gelap, berhawa dingin dan selesa Panggung Cineplex SunShine Kepala Batas, menjadikan ia tempat yang sesuai untuk melakukan terapi ini. Mungkin ada sesetengah pihak melihat ia dapat digantikan dengan tanyangan gambar pada skrin besar disekolah. Namun hakikatnya, murid-murid PPKI tidak memberi tumpuan apabila di tayangkan filem kartun sekali pun kerana mereka lebih gemar bermain sendirian atau mengganggu rakan.

Terapi ini juga selain itu menumpukan kepada pengukuhan mendengar arahan, mengikut peraturan, kawalan tingkah laku dan pergaulan.









Monday 6 April 2015

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PPD UTARA 2015

6 APRIL 2015 - Hari ini telah diadakan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara bertempat di SK Pengkalan Jaya. Sebanyak 16 buah sekolah rendah dan menengah telah bertanding dalam 4 acara senior dan junior. Acara yang dipertandingkan adalah tilawah, bercerita, hafazan dan azan.

AlhamduLillah dari 5 acara yang disertai, 3 daripadanya mendapat tempat.

1. Johan Tilawah - Jefrixane
2. Tempat ke 3 hafazan - Nur Fatiha
3. Tempat ke 3 azan - Izz Aiman