Tuesday 16 June 2015

FESTIVAL NASYID PENDIDIKAN KHAS 2015

16 JUN 2015 - Bertempat di Mydin Mall, Kepala Batas, Pulau Pinang, 9 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah Program Intergrasi Pendidikan Khas telah mempersembahkan nyanyian nasyid berkumpulan.
Festival ini antara objektifnya adalah memberi peluang kepada murid, mencungkil bakat  dan memberi keyakinan kepada mereka dihadapan khalayak ramai. Ia juga bertujuan mendekatkan masyarakat dengan murid-murid berkeperluan khas dan mengikis perspektif negatif masyarakat terhadap mereka.
PPKI SK Hashim Awang tidak melepaskan peluang menhantar wakil dalam featival ini.

Monday 15 June 2015

SAMBUTAN HARI LAHIR APRIL-JUN

15 JUN 2015 - Sambutan untuk Hari Lahir untuk murid-murid yang lahir pada bulan April hingga Jun. Sambutan pada kali ini di adakan pada hari Isnin dan bukan pada hari Jumaat seperti biasa kerana pertembungan dengan bulan Ramodhon yang mulia.