Thursday 14 August 2014

LAWATAN KILANG UTUSAN

13 OGOS 2014 - Program Intergrasi Pendidikan Khas SK Hashim Awang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang Utusan Malaysia di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Ia memberi pendedahan kepada murid-murid, guru dan juga pembantu pengurusan murid berkaitan pengeluaran sesuatu naskah surat khabar.

Rombongan telah diraikan dengan mesra sekali. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dari pegawai pengiring daripada Utusan Malaysia yang seterusnya dibawa ke kawasan pencetakan bagi mendapatkan taklimat daripada pegawai pengeluaran berkaitan proses-proses yang terlibat dikawasan pencetakan.

Lawatan berakhir dengan sesi bergambar serta pihak Utusan Malaysia telah memberikan surat khabar dan majalah sebagai buah tangan kepada semua murid, guru dan pembantu pengurusan murid.

Sunday 10 August 2014

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014

9 OGOS 2014 - SK Hashim Awang telah berlangsungnya Hari Anugerah Kecemerlangan 2014 yang turut memberi penghargaan kepada murid-murid Program Intergrasi Pendidikan Khas. Semua murid yang mendapat kecemerlangan secara keseluruhan dan matapelajaran terbaik telah diberikan hadiah bagi memberi semangat agar terus berjasa serta memberi rangsangan kepada murid lain agar terus bersaing pada masa hadapan.

Saturday 9 August 2014

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2014

08 OGOS 2014 - SK Hashim Awang telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Terbuka SK Hashim Awang. Setiap kelas termasuk Program Intergrasi Pendidikan Khas telah menyediakan juadah bagi menjamu para hadirin. Semua murid, guru dan kakitangan diwajibkan memakai baju raya masing-masing yang telah mewujudkan suasana ceria. Ditambah dengan alunan lagu-lagu raya dari pelbagai artis, mewujudkan lagi mood Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.