Friday 4 April 2014

PENGHARGAAN SEMPENA KEJONANAN OLAHRAGA 2014

03 April 2014 - Guru Besar SK Hashim Awang, Tuan Hj Ashri Bin Abdullah telah melaksanakan satu majlis ringkas sempena memberi penghargaan kepada murid-murid Program Pendidikan Khas SK Hashim Awang setelah berusaha dengan gigih didalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas PPD Utara 2014 yang lalu sehingga berjaya mendapat gelaran juara keselurhan kejohanan.

Beliau berharap dengan penghargaan yang diberikan ini dapat menyuntik semangat juang yang lebih pada tahun-tahun akan datang dan memberi kesan yang positif terhadap masa dengan murid-murid.




TERAPI FOCUS

03 APRIL 2014 - Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang telah membawa murid-muridnya melakukan Terapi Focus di Pawagam Cineplex SunShine, Bertam, Kepala Batas. Hampir kesemua murid telah dibawa kesana yang diiringi oleh guru dan pembantu pengurusan murid.

Bersesuain dengan peranan terapi iaitu mengurangkan ketegangan diri murid-murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran, pawagam di pilih kerana suasananya yang gelap dengan skrin besar serta berhawa dingin dapat memberi suasana yang menyenangkan dan tanpa paksaan.

Keadaan ini dapat membantu meningkatkan tahap keupayaan fokus  para murid yang kebanyakannya gagal atau tahap fokus yang lemah terhadap sesuatu perkara. Tahap fokus yang singkat menyukarkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran kerana murid tidak dapat memberikan fokus pada jangka masa yang lama semasa pembelajaran dan pengajaran.