Friday 27 February 2015

SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JAN & FEB

27 FEBRUARI 2015 - Seramai 14 orang murid PPKI SKHA telah diraikan hari lahir mereka dengan meriah sekali oleh para guru, ppm dan rakan-rakan mereka.

Mereka yang diraikan telah dilahirkan dalam bulan Januari dan Februari. Mereka telah diberi peluang memotong kek sambil rakan-rakan menyanyikan lagu hari lahir yang kebanyakan mereka tidak merasakan pengalaman ini di rumah atau di asrama mereka.

Sambutan sebegini dapat menstabilkan emosi dapat dapat menimbulkan perasaan bahawa mereka dihargai dan disayangi.

Thursday 26 February 2015

TERAPI BOWLING FEB 2015

26 FEBRUARI 2015 - Megamall Lane, Bowling Centre, Megamall Pinang, Perai, Pulau Pinang telah menjadi tempat Program Pendidikan Khas Intergrasi, SK Hashim Awang melaksanakan Terapi Bowling kepada para muridnya.

Terapi ini menumpukan kepada pengubahsuaian tingkah laku, pengurusan diri, koordinasi motor kasar dan halus, koordinasi mata tangan, perkembangan kignitif murid dan emosi.

Seramai 80 orang murid menyertainya dengan 16 orang guru dan 7 orang pembantu pengurusan murid bersama-sama berusaha agar terapi ini mencapai objektif tanpa sebarang kemalangan.

Thursday 12 February 2015

PERTANDINGAN FUTSAL PPD UTARA

12 FEBRUARI 2015 - Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara telah menganjurkan Pertandingan Futsal Program Pendidikan Khas Intergrasi yang telah melibatkan semua sekolah rendah dan menengah di bawah selian zon Seberang Perai Utara.

PPKI SK Hashim Awang tidak melepaskan peluang untuk menghantat dua pasukan bagi pertandingan ini. Penyertaan sebegini mampu merangsang daya saing murid dan membantu meningkatkan daya tumpuan murid selain dapat memberikan peluang menunjukkan bakat yang ada.

Pasukan A, telah diistiharkan sebagai Naib Johon pada pertandingan kali ini.

Sunday 1 February 2015

JAYA WARIS PPKI SKHA 2015

30 JANUARI 2015 - Bertempat di bilik mesyuarat SK Hashim Awang, majlis Jaya Waris Program Pendidikan Khas dan Intergrask SK Hashim Awang telah berlangsung dengan dihadiri hampir 50 para waris murid-murid.

Pn Rosliza Bt Said selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas SKHA telah membentangkan aktiviti sepanjang tahun 2014 yang lalu secara lisan dan dengan bantuan video dokumentari ringkas aktiviti-aktiviti.

Beliau juga telah menyentuh perkara-perkara lain seperti proses Pembelajaran dan Pengajaran dan sarana ibu bapa.

Pembentangan kewangan telah dilaksanakan oleh Pn Fazlina Bt Abdul Mutalib dan Pn Rosniyati By Osman. Perbincangan tentang yuran yang perlu dikenakan untuk tahun 2015 turut dibincangkan dan mendapat kata putus yang baik.