Thursday, 23 April 2015

TERAPI AIR BUKIT MERAH

23 APRIL 2015 - Terapi Air di Bukit Merah adalah merupakan program ke-2 untuk perjalanan kali ini setelah selesai melakukan Program Penanda Aras di PPKI SK Bagan Serai. Perjalanan yang lancar dari SK Bagan Serai kira-kira mangambil masa 45minit melalui jalan biasa.Setibanya disana, cikgu yang menguruskan pembelian tiket terus berurusan dengan pihak Bukit Merah Water Park.

Artikel Terapi Air

Terapi Air merupakan suatu medium dalam rehabilitasi. Melibatkan kepelbagaian aktiviti senaman dan aktiviti riadah di dalam air. Terapi air dapat membantu mengawal aliran darah, mengurangkan rasa sakit dan kekejangan otot, menguatkan otot, meningkatkan julat pergerakan sendi, dan membantu mengekalkan keseimbangn tubuh badan, ianya sesuai untuk klien seperti Stroke, Cerebral Palsy, Down syndrome, ADHD dan lain-lain.

Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid PPKI adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter. Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid PPKP ini.

Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.  Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, murid-murid PPKI mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.

Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid-murid PPKI ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluanyang unik ini.

SUMBER












0 Komen:

Post a Comment