20 MEI 2015 - Pantai Kuala Muda menjadi destinasi bagi Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang, Kepala Batas, Pulau Pinang melaksanakan Program Terapi Pantai pada tahun ini.
Seramai hampir 80 orang murid dan 20 orang guru serta pembantu pengurusan murid telah bersama-sama di dalam program ini.
Aktiviti mencari gula-gula dalam pasir, membina istana Hari Guru dan buih sabun telah dilakukan oleh murid-murid dengan pemantauan serta bantuan guru dan ppm.
Aktiviti di adakan untuk merangsang motor kasar, motor halus, daya tumpuan, pengalaman bersosial, disiplin, mengikut arahan, pengurusan diri dan sikap toleransi.