10 MAC 2015 - Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang telah melakukan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat, Pokok Machang, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Pihak KEMAS telah datang ke kelas PPKI SKHA memberikan latihan secara percuma kepada murid-murid. Untuk kali ini, murid-murid telah diberi peluang untuk menghasilkan kerongsang mereka sendiri. Bahan dan peralatan turut disediakan oleh pihak KEMAS.