26 Februari 2014 - Ampang Bowl, The Summit, Bukit Mertajam merupakan tempat kebiasaan bagi Program Pendidikan Khas SK Hashim Awang menjalani terapi bowling. Seramai 79 orang murid telah pergi ke program ini yang dilaksanakan oleh guru-guru PPKI SKHA dan dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid.
Terapi dapat meningkatkan kadar tumpuan murid-murid ini kerana mereka memerlukan tumpuan semasa membaling ke sasaran dan menunggu bola mengena sasaran. Perlakuan yang berulang-ulang ini dapat mengalih perhatian mereka daripada dunia khayalan kepada suatu matlamat iaitu menjatuhkan pin. Kaedah ini tidak memaksa dan menekan mereka selari dengan maksud terapi itu sendiri.
Selain itu, nilai-nilai disiplin dan mengikut arahan ditekankan demi membolehkan mereka menyerap masuk ke dalam masyarakat yang mempunyai peraturan, adat dan budaya pergaulan.
Thursday, 27 February 2014
Tuesday, 25 February 2014
PROJEK USAHATANI ROZEL
25 Februari 2014 - Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang amat menitik beratkan kemampuan muridnya dalam hidup berdikari pada suatu hari nanti. Menyedari kemampuan kognitif para murid dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran akademik adalah berbeza, para guru dan pembantu murid bekerjasama memberikan pembelajaran dan pengajaran berbentuk kemahiran yang mudah dicapai oleh mereka.
Projek Usahatani Rozel ini, bukanlah pertama kali dilakukan, malahan telah bermula pada tahun lalu dan dapat merangsang semangat berdikari dikalangan murid dari segi penyediaan tapak tanaman, pemprosesan dan penjualan.

Saturday, 22 February 2014
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS
22 FEBRUARI 2014 - Resort Sedim Vista telah menjadi tempat penerapan nilai-nilai kepimpinan kepada 179orang pengawas dari SK Hashim Awang dan SK Permatang Binjai. Kem ini merupakan acara tahunan bagi SK Hashim Awang dan yang lebih menarik pada tahun ini apabila berjaya bekerjasama dengan SK Permatang Binjai dalam memberi tambah nilai kepada program ini.
Para pengawas dari PPKI SKHA turut terlibat menyertai program ini. Adalah menjadi harapan agar para pengawas PPKI SKHA dapat membiasakan diri dalam pergaulan rakan sebaya dari aliran perdana yang dapat meningkatkan rasa yakin diri dalam mengharungi dunia yang penuh cabaran terutama lagi dalam keadaan mereka.
Sepanjang program dijalankan, dilihat, para pengawas PPKI SKHA telah dapat menyertai semua program tanpa rasa segan dan silu malahan bergaul dengan baik sekali dengan rakan sebaya yang lain. Apa yang menarik, pengawas yang bukan dari PPKI, tidak membezakan antara mereka dan pengawas PPKI.

Sunday, 16 February 2014
PROGRAM GOTONG ROYONG
15 Februari 2015 - Program Gotong Royong PPKI-SKHA telah berjaya dilaksanakan dengan membabitkan para pelajar, guru dan pembantu murid. Gotong royong pada kali ini telah menumpukan kepada pemulihan dan kebersihan Taman Bunga Rashidah Utama, pemulihan dan persediaan tapak Projek Tanaman Rozel, membersih, menghias dan mengecat semula bilik komputer dan kebersihan persekitaran kelas.
Subscribe to:
Posts (Atom)