Thursday, 30 January 2014
JAYA WARIS PPKI 2014
30 Januari 2014 - Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang (PPKI SKHA) telah mengadakan satu program Jaya Waris 2014 yang telah selamat di ramsmikan oleh YB Shariful Azhar Bin Othman selaku Adun Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Program ini telah menggabungkan perlaksanaan pemberian bantuan persekolahan sebanyak RM 100.00 kepada semua murid PPKI SKHA , mesyuarat pembentukan Badan Permuafakatan Ibu Bapa PPKI 2014 dan satu taklimat ringkas dari Bank Simpanan Nasional cawangan Kepala Batas.
Saturday, 25 January 2014
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014
24 & 25 Januari 2014 : Sekolah Kebangsaan Hashim Awang telah mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul sebagai satu wadah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid khususnya dan masyarakat sekeliling amnya berkaitan Rasulullah S.A.W
Sambutan telah di mulakan dengan selawat dan burdah serta ceramah pada hari Jumaat jam 8 - 10.15 pagi. Pada hari Sabtu pula, pihak sekolah telah bekerjasama dengan Adun Kepala Batas untuk menjayakan Progam Perarakan Maulidur Rasul mengelilingi pekan Kepala Batas.
Program ini turut di sertai oleh murid-murid, para guru dan pembantu guru dari Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang secara sepenuhnya. Selain itu PPKI SKHA juga turut mengadakan pertandingan mewarna pada hari Jumaat dan tayangan kisah hidup Rasulullah S.A.W pada hari Sabtu sejurus berakhirnya program perarakan.
Sambutan telah di mulakan dengan selawat dan burdah serta ceramah pada hari Jumaat jam 8 - 10.15 pagi. Pada hari Sabtu pula, pihak sekolah telah bekerjasama dengan Adun Kepala Batas untuk menjayakan Progam Perarakan Maulidur Rasul mengelilingi pekan Kepala Batas.
Program ini turut di sertai oleh murid-murid, para guru dan pembantu guru dari Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang secara sepenuhnya. Selain itu PPKI SKHA juga turut mengadakan pertandingan mewarna pada hari Jumaat dan tayangan kisah hidup Rasulullah S.A.W pada hari Sabtu sejurus berakhirnya program perarakan.
Friday, 24 January 2014
PEKA ISYARAT AUTISMA ANAK
Suzi bingung dengan sikap anak keduanya, Ismail yang
menunjukkan tingkah laku yang aneh. Dia kerap kali marah-marah dan suka
menjerit dengan suara yang kuat. Malah pada usia tiga tahun setengah dia
masih tidak memahami apa yang dikatakan dan tidak mengendahkan apabila
dipanggil. Padahal dia dilahirkan normal cuma apabila dia mula membesar,
dia tidak suka dibelai dan dimanjakan. Apa masalah sebenar si kecil
ini? Ikuti pandangan Dr.Mastura Badzis, Pensyarah di Institut
Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa.
Apakah Autisme?
Adakah anak anda mempunyai simptom yang sama dengan anak Suzi? Jika ya,
anak anda mungkin berisiko menghadapi masalah autisme. Mungkin ramai
ibu bapa yang kurang arif tentang masalah ini.
“Autisme ialah gangguan psikitrik atau gangguan perkembangan yang
mengakibatkan masalah dalam komunikasi sama ada perkembangan bahasa yang
lambat atau tidak berkembang. Keadaan ini berkisar mengenai masalah
mengaitkan perkataan dengan penuh makna, interaksi sosial dan kesukaran
untuk memahami persekitaran. Pengesanan awal mampu menyelamatkan keadaan
dan kanak-kanak ini boleh dilatih sekurang-kurangnya untuk menguruskan
diri sendiri,” kata Dr Mastura Badzis.
Biasanya, petanda kesihatan anak yang menunjukkan simptom gangguan sama
ada secara mental dan fizikal tidak disedari. Misalnya masalah autisme
yang boleh dikesan pada peringkat umur 12 bulan hingga tiga tahun namun
disebabkan kurang peka, masalah ini gagal dikesan pada peringkat awal
dan menyebabkan anak terus terperangkap dengan dunianya dan sukar untuk
menjalani kehidupan apabila membesar kelak.
Menurut Dr Mastura, terdapat beberapa kategori autisme iaitu autisme
Autistic disorder atau “Klasik” Autisme”, “Sindrom Asperger” atau turut
dikenali sebagai “Atypical Autisme” dan Pervasive Developmental Disorder.
Peka Akan Simptomnya
Kanak-kanak yang mengalami autisme mempunyai rupa bentuk fizikal yang
sama seperti kanak-kanak normal lain. Hal ini menyukarkan masalah ini
sukar dikenal pasti kecuali ibu bapa peka akannya simptom-simptom yang
ditunjukkan secara konsisten oleh mereka.
Antara simptom-simptom autisme ialah:
- Tidak menunjukkan eye contact
- Tidak bertindak balas terhadap senyuman
- Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepada ke dinding.
- Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, malah selesa bermain sendirian.
- Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang atau mengeluarkan suara ‘robotik’ atau disebut sebagai echolalia. Mereka juga sering mengulang-ulang apa yang diperkatakan dan kerap melentikkan badan apabila dipeluk.
- Terlalu sensitif, mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau pergerakan.
- Gemar mengibarkan tangan dan memusing-musingkan badan setempat. Malah pada kanak-kanak 18 bulan ke atas, mereka cenderung untuk menggunakan isyarat berbanding perkataan.
- Sukar untuk mengubah rutin yang mana jika diubah akan mengakibatkan tantrum.
- Mereka juga sering kali menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.
Apabila ditanya apakah penyakit ini boleh diwarisi secara genetik atau
keturunan, Dr Mastura berkata “Penyakit ini diwarisi secara keturunan
atau genetik tanpa sebab yang diketahui. Hal ini kerana autisme
disebabkan oleh keganjilan pada faktor biologi dan neurologi pada otak
mereka. Keadaan tidak normal ini juga boleh disebabkan olah pendedahan
kepada persekitaran yang tercemar atau berat semasa lahir yang rendah
atau kelahiran pramatang”.
Anakku autisme, apa perlu dilakukan?
“Ibu bapa hanya boleh mengesan tanda-tanda awal melalui senarai semak
perkembangan normal kanak-kanak tetapi tidak boleh sewenang-wenangnya
mengatakan si manja autistik. Jangan lekas melabelkan si manja mengalami
autisme dengan hanya kerana dia menunjukkan beberapa signal autistik.
Bawalah si manja mendapatkan pemeriksaan dengan pakar pendengaran untuk
memeriksa pendengarannya kerana khuatir mereka pekak. Setelah dikenal
pasti tidak pekak, maka bawalah pula berjumpa pakar psikologi klinikal
atau pakar psikiatri untuk membuat ujian dan pemantauan sama ada si
manja benar-benar menghidap autisme sebelum diberikan rawatan
sewajarnya,” ujar Dr Mastura.
Rawatan terapi untuk kanak-kanak autisme hanya boleh dijalankan oleh pakar sahaja. Antara rawatan tersebut ialah Applied Behaviour Analysis yang dilakukan secara bermain atau play theraphy.
Mendekati kanak-kanak Autistik
Kanak-kanak autistik memerlukan penjagaan secara perseorangan atau one-to-one care.
Hal ini perlu dilakukan dengan berterusan dan memerlukan tahap
kesabaran yang tinggi kerana mereka tidak menghiraukan kewujudan orang
lain. Elakkan merenung atau menyentuh si kecil autistik kerana kelakuan
ini akan menyebabkan mereka stres. bagi mengasuh dan membimbing,
banyakkan menggunakan alat bantuan seperti gambar supaya mereka mudah
menterjemahkan. Anda juga boleh memberikan kemahiran sosial melalui
teknik berkumpulan, bercerita dan sebagainya.
Gejala autisme boleh diredakan dengan menyediakan persekitaran yang
selamat, struktur jadual rutin yang tetap dan suasana yang tenang.
Mereka juga perlu diberi peluang untuk merasa apa juga yang ada di
persekitaran mereka bertujuan untuk merangsang. Penyakit yang dikenal
pasti tidak mempunyai penawar ini akan berkekalan sehingga dewasa. Oleh
sebab itu, kepekaan ibu bapa dan pengesanan awal amat diperlukan.
Anak-anak autisme boleh diberikan latihan menguruskan diri sendiri
adalah langkah yang boleh diambil sebagai persediaan menempuh
kedewasaan.
Ibu bapa yang memiliki anak autisme bolehlah mendaftarkan anak ke persatuan atau group support
untuk mendapatkan sokongan, bertukar pendapat dan mengatasi ketegangan
yang dialami. Menghantar anak ke kelas yang menawarkan pendidikan khas
untuk pesakit autisme boleh membantu mereka mengatasi masalah komunikasi
dan sosial serta mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai agar
mereka mampu menguasai kemahiran untuk hidup apabila dewasa kelak.
INFO:
Seramai 10 peratus penghidap autisme dikenal pasti memiliki idiot savant
di mana mereka mempunyai kemahiran istimewa di dalam bidang matematik
atau komputer, berupaya mengingati fakta, kebolehan dalam bidang muzik
dan kesenian.
(Sumber: Majalah Pa&Ma Januari 2013)
Thursday, 23 January 2014
TERAPI FUTSAL 2014
23 Januari 2014 - Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang telah melaksanakan Program Terapi Futsal di Gelanggang Futsal "Sport Planet" Safira Resort.
Seramai 64 orang murid telah terlibat dalam sesi terapi ini yang telah dibantu oleh semua Guru & PPM PPKI bagi menjayakan program ini.
Objektif utama program ini ada memberi suatu keadaan yang tidak menekan emosi murid-murid selain melaksanakan terapi fisio kepada murid-murid. Penekanan kepada disiplin dan tatacara pergaulan dikhalayak ramai turut menjadi objektif program.
Seramai 64 orang murid telah terlibat dalam sesi terapi ini yang telah dibantu oleh semua Guru & PPM PPKI bagi menjayakan program ini.
Objektif utama program ini ada memberi suatu keadaan yang tidak menekan emosi murid-murid selain melaksanakan terapi fisio kepada murid-murid. Penekanan kepada disiplin dan tatacara pergaulan dikhalayak ramai turut menjadi objektif program.
Thursday, 2 January 2014
CARTA ORGANISASI PPKI 2014
ADMIN
08:35
CARTA ORGANISASI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 2014
GURU BESAR
ENCIK ASHRI BIN ABDULLAH
|
PENOLONG KANAN 1
PUAN BADARIAH BINTI JAAFAR
|
PENOLONG KANAN HEM
TUAN HAJI AHMAD FUZI BIN OMAR
|
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
ENCIK ZAKARIA BIN CHEK RUS
|
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
PUAN ROSLIZA BINTI MOHD SAID
|
SETIAUSAHA PPKI
ENCIK OSMAN BIN SAID
BENDAHARI PPKI
PUAN FADZLINA BINTI A. MUTALLIB
(Kewangan PPKI)
|
PUAN ROSNIYATI BINTI OSMAN
(Kewangan Aktiviti Murid)
|
PUAN AMAL BINTI MOHAMAD HASSAN
(Kewangan Kelas)
|
KURIKULUM PPKI
CIK JANNATONSHIMA BINTI ABDULLAH |
HAL EHWAL MURID PPKI
PUAN ALIAA BINTI ISMAIL
|
KOKURIKULUM PPKI
ENCIK REDZAHUDIN BIN SAARI
GURU-GURU PPKI 2014
Erniwati Binti Ahmad |
Siti Norhasnida Binti Mohd Mobin |
Maznah Binti Jaarif |
Lau Shiau Ching |
Siti Hairul Hizam Binti Abdul Rafia |
Mursyidah Binti Jamil |
PEMBANTU PENGURUSAN MURID PPKI 2014
Jaliza Binti Mat |
Nazriliyati Binti Napiah |
S. Halinawati Binti Hamzah |
Rosyafiza Binti Azmi |
Aminah Binti K. Ismail |
Rashikhin Binti Muhammad |
Subscribe to:
Posts (Atom)